Tabiat kita menjadikan kita kaya atau sebaliknya! Usahlah mengeluh!

Tabiat kita menjadikan kita tidak kaya! Usahlah mengeluh!

Mengeluh tentang sesuatu bermakna kita tidak bersyukur. Begitu juga dengan tabiat suka mengadu domba dan suka komplen. Ini adalah tabiat buruk
dan negatif. Kita selalu merungut tentang kehidupan yang tidak pernah cukup. Jika itulah ujian kita daripada Allah SWT maka kita tidak bersyukur.

Orang yang mempunyai tabiat buruk ini tidak suka menyalahkan diri sendiri malah selalu mencari kesalahan orang lain sebagai tempat untuk melepaskan tekanan perasaan.

Sikap sebegini tidak secara
langsung menutup rezeki kita. Orang tidak suka dan menjauhkan diri daripada kita kerana kita asyik suka sahaja nak komplen.

Jika ingin mengadu, mengadulah kepada pencipta kita. Mohon doa banyak-banyak atau lakukan solat-solat sunat
untuk mengadu.

Kalau kita suka sangat mengadu kepada orang, kita akan menarik orang yang sama-sama mempunyai tabiat buruk seperti kita. Dan apabila ini berlaku, kita akan berada di dalam kelompok
kumpulan yang suka mengeluh, suka komplen dan suka mengadu domba. Ini akan menjadikan keadaan kita lebih teruk dan lebih buruk.

Belajar mengambil tanggungjawab untuk memajukan diri sendiri. Orang yang mengadu domba tidak mahu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Bagaimana nak maju jika kita berterusan menyalahkan orang lain sahaja.

Lebih baik kita menyalahkan diri sendiri. Ini mendorong untuk kita berfikir dan berusaha!

1. Tidak hensem! Mengapa tidak tingkatkan penampilan?
2. Tidak cantik! Mengapa tidak pergi berdandan?
3. Tidak cukup duit! Mengapa tidak merancang untuk mencarinya?
4. Tidak naik pangkat! Mengapa tidak bekerja bersungguh-sungguh?
5. Tidak ramai kawan! Mengapa tidak diubah perangai buruk itu dahulu?
6. Tidak tahu berniaga! Mengapa tidak belajar cara untuk berniaga?
7. Tidak ada modal! Mengapa tidak berusaha cari jalan mendapatkannya?
8. Tidak ada bantuan kerajaan! Mengapa tidak, kita yang memulakannya dahulu membantu orang lain?
9. Tidak maju-maju berniaga! Mengapa tidak belajar teknik pemasaran yang berkesan?
10. Rezeki selalu sempit! Mengapa tidak mengadu kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah?
11. Harga barang naik? Mengapa tidak mencari alternatif dan usaha tambah pendapatan.
12. Duit tak pernah lekat kat tangan! Mengapa tidak belajar mengurus kewangan daripada hanya mengeluh!

Lihatlah keadaan kebanyakan rumah pangsa kos rendah yang dalam keadaan yang amat menyedihkan… rata-rata mengharapkan orang lain yang membantu membersihkannya dengan mengharapkan pihak berkuasa tempatan.

Pelbetulkan tabiat kebersihan diri sendiri dahulu. Jika masing-masing tahu menjaga kebersihan di dalam rumah sendiri dan diikuti sekeliling luar rumah, tidak perlu pun orang luar datang membantu.

Itulah yang dikatakan berusaha
dahulu sebelum merungut dan mengeluh. Jika belum berjaya,
pertingkatkan usaha dan salurkan tenaga positif tepat kepada sasarannya! Bertindak dengan cara yang betul!

Mengadu kepada orang, tidak membantu kita untuk maju malah kita yang menghebahkan segala kelemahan dan tabiat buruk kita yang memalukan itu kepada orang lain!

Orang positif tidak suka berkawan dengan orang negatif. Ingat! Mengeluh antara punca yang boleh menutup pintu rezeki!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *