Belanjawan 2020? Pastikan Ada 6 Unsur Penting Ini Dalam Bajet anda kalau Tak mahu Susah

Salam, hari ini berbicara soal belanjawan!

Hari Jumaat yang lalu baru sahaja diumumkan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Negara. Secara keseluruhan boleh dikatakan di setiap lapisan masyarakat akan dapat menikmati manfaat daripadanya.

Antaranya, kenaikan gaji minima, subsidi petrol, kadar tol baru, subsidi sara diri, tambahan cuti bersalin, bonus bayaran one-off, elaun perkhidmatan bomba, pemulihan kuarters perkhidmatan awam dan segala bagai yang dianggap sebagai dapat meringankan beban orang ramai.

Apapun faedah yang akan diterima oleh rakyat dari segenap lapisan masyarakat di peringkat mana sekalipun kedudukannya, ianya berbalik kepada perkara asas kewangan yang perlu difahami oleh setiap orang jika benar-benar mahu mengambil manfaat tersebut. Bagaimana pula dengan  Belanjawan 2020 anda? kene beringat juga, Pastikan ada 6 unsur penting ini dalam bajet anda kalau tak mahu susah di masa akan datang.

Belanjawan diri sendiri:

Pengurusan Kewangan Peribadi.

1. Aliran tunai kita.

Tiada faedahnya pendapatan bertambah tetapi perbelanjaan pun ikut bertambah.

Kiraan matematikalnya tetap sama jika pendapatan tolak perbelanjaan jawapannya masih tetap kosong seperti dahulu.

2. Pendapatan.

Formula baru (dah lama sebenarnya) yang patut digunakan adalah simpan dahulu sebahagian (10-30%) pendapatan, baru berbelanja pada tinggalan bakinya. Lebih tinggi peratus simpanan anda sebenarnya anda lebih bijak dan berwawasan.

3. Perbelanjaan.

Senaraikan semula perkara-perkara keperluan terlebih dahulu daripada perkara-perkara keinginan yang tidak perlu. Kaji dan bertindak di atas kebijaksanaan IQ WANG masing-masing agar aliran tunai kita sentiasa sihat, aman dan makmur.

4. Simpanan.

Apabila aliran tunai kita sudah mencapai kesihatan yang baik, aman, makmur dan sejahtera iaitu melihatnya simpanan kita bertambah dan bertambah setiap bulan sehinggalah ianya menjadi satu jumlah angka yang besar. Apatah lagi jika ianya tidak pernah dikacau ganggu sekian lamanya maka tibalah masanya untuk ia pula mencurah bakti.

5. Pelaburan

Disinilah simpanan kita akan mula memainkan peranannya. Mula meninjau peluang-peluang yang boleh meningkatkan nilai tambah simpanan itu agar menjadi lebih gagah dan perkasa.

Mencipta perkerjaan untuk simpanan kita adalah pelaburan namanya. Simpanan kita tidak duduk diam malah jika kita benar-benar bijak melabur maka inilah yang kita namakan ‘wang bekerja untuk kita’.

6. Transformasi

Pada peringkat awalnya kita bekerja untuk mendapatkan wang setiap bulan, jika ianya menjadi maka pelaburan kita akan bekerja sebagai jentera atau mesin pencetak wang. Dan apabila transformasi ini berlaku, wang pula bekerja untuk kita.

Dahulu kita mencari wang dan sekarang ubahkan aliran tunai kita kepada suatu pendapatan yang kita namakannya pendapatan pasif iaitu wang pula mencari kita. Sebab itu merancang belanjawan diri sendiri juga penting, pastikan 6 unsur penting ini masuk dalam kiraan bajet anda. kalau tidak, ekonomi anda pasti berlaku masalah dimasa akan datang.

Kepada yang faham, alhamdulillah. Yang kurang faham tolong baca buku IQ WANG saya!

Selamat bertindak bijak!

www.iqwang.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *