10 Kriteria Penting Yang Patut Anda Tahu Kalau Nak Jadi Orang Kaya Sebenar

Ramai orang mahu jadi atlet sukan yang hebat tetapi tidak mahu mengikuti regim latihan fizikal yang ketat. Ini kerana untuk berjaya menjadi seorang juara memerlukan tenaga fizikal yang cergas pada tahap yang luar biasa dan kekuatan mental yang sangat tinggi. Latihan demi latihan fizikal dan mental perlulah jalan seiring bagi mengekalkan prestasi dan seterusnya meningkatkan pencapaian.

Maka tidak ramai yang berjaya untuk melepasi tahap kelayakan itu bagi bergelar juara.

Samalah juga jika kita mahu menjadi doktor yang bertauliah. Perlu mengikuti kursus dan pengajian yang diiktiraf di universiti selama beberapa tahun lamanya kemudian menjalani latihan sangkut (housemanship) untuk beberapa tahun lagi, barulah kita layak bergelar seorang doktor.

Begitu jugalah jika anda mahu menjadi orang kaya. Ada kriteria-kriteria yang perlu dicapai bagi melayakkan diri menjadi orang kaya yang sebenar! Tetapi perlu diingat bahawa ramai juga yang suka menjadi orang yang berpura-pura kaya tanpa mereka sendiri sedari bahawa mereka sebenarnya miskin.

Semua orang merasakan yang dirinya sudah kaya hanya kerana mereka ada pekerjaan dengan gaji yang besar, hidup selesa dan mampu pula hidup mewah.

Ataupun mereka mempunyai jumlah wang besar kerana sudah berpencen atau bersara kerana jumlah wang yang diperolehi daripada KWSP ataupun simpanan yang dikumpul setelah sekian lama bekerja mahupun berniaga.

Persoalannya di sini, bukankah itu sudah cukup untuk menggelar dirinya orang kaya kerana adanya wang di dalam akaun simpanan berjumlah melebihi satu juta ringgit?

Jawapannya sudah tentu belum boleh, kita pandai-pandai menggelarkan diri kita ini orang kaya selagi kita belum mengukurnya mengikut piawai
carta orang kaya!

Kita mesti mencapai kriteria-kriteria tertentu dahulu sebagaimana atlet sukan dan seorang doktor yang sudah berjaya mencapainya. Apakah kriteria-kriteria itu? Adakah anda sudah mencapainya? Atau lebih tepat, adakah anda sudah mengiranya?

1. Bebas Kewangan
2. Pendapatan pasif
3. Wang bekerja untuk kita
4. Kira nilai pegangan aset
5. Kira nilai liabiliti
6. Kira nilai bersih kekayaan
7. Pelbagai sumber pendapatan
8. Pendapatan aktif
9. Perbelanjaan aktif dan pasif
10. Lembaran imbangan (balance sheet)

Jika anda terkial-kial mencari makna yang saya sebutkan 10 perkara di atas, jangan pandai-pandai anda sudah menjadi orang kaya hanya kerana anda ada duit simpanan dan pekerjaan tetap. Ini kerana semua itu hanyalah sementara selagi anda masih ada sumber pendapatan aktif dan sedikit simpanan berbaki.

Bagaimana nanti jika anda diberhentikan kerja atau perniagaan yang sedang murung atau anda mungkin sudah pun bersara? Mampukah anda bertahan untuk sekian lamanya dengan simpanan yang ada? Jika anda masih musykil belajarlah dan cari makna sebenar kosakata kewangan yang saya sebutkan di atas tadi dan lihat bagaimana pencapaian prestasi anda sebagai orang kaya atau sebaliknya!

Selamat belajar!
www.iqwang.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *