4 Kesan daripada kempen Buy Muslim Product First!!

      No Comments on 4 Kesan daripada kempen Buy Muslim Product First!!

Pandangan saya kepada BUY MUSLIM-PRODUCT FIRST!

Selama ini kebanyakan produk dikeluarkan oleh pengilang atau syarikat besar. Jadi dilihat kepada perkembangan ini, syarikat besar memonopoli pasaran peruncitan dari jenama besar sehinggalah berjenama kecil dan tidak ternama.

Namun pasaran produk berjenama Muslim amat terhad yang terdapat di dalam pasaran seperti di pasaraya-pasaraya besar. Apa lagi jika produk itu pengeluaran kampong dan berskala kecil dapat memasuki pasaraya besar adalah teramat kecil.

Bukan produk Muslim tidak wujud tetapi siapa yang mengawal pasaraya-pasaraya besar itulah yang menghadkan produk Muslim daripada berada di pasaran tempatan.

Adakah kita rasis?

Sudah tentu tidak kerana selama ini kita membeli pun apa yang terdapat dan terlihat di rak-rak pasaraya yang tertulis “HALAL” tanpa mengira buatan siapakah produk tersebut. Cuma kali ini kita lebih prihatin sedikit.

Kempen Membeli Produk Muslim Dulu bukanlah kempen memboikot barangan Bukan Muslim. Tetapi ianya menjadikan kita orang Muslim lebih berhati-hati apabila membeli agar produk pilihan itu mestilah bersih, halal lagi suci kerana ianya akan menjadi darah daging kita.

Setiap orang, tidak kira Muslim atau Belum Muslim berhak ke atas setiap pembelian. Inilah yang dinamakan kuasa hak pembeli!

Tidak ada perbuatan jenayah pun dilakukan ke atas tindakan pilihan kita kepada produk yang mahu kita dibeli.

Apakah kesan daripada kempen ini?

1. Sudah tentu ekonomi orang Muslim mencanak naik jika ianya benar-benar dilaksanakan oleh setiap umat Muslim. Limpahan ini boleh menyebabkan pengusaha-pengusaha kecil terutamanya bumiputra maju di dalam perniagaan mereka.

2. Lagi satu, sudah tentulah harga barangan terutamanya produk berupa makanan akan menurun dengan mendadak kerana mereka terpaksa bersaing dengan produk kampong atau produk Muslim yang terjamin kehalalannya berharga lebih rendah dan murah.

3. Banyak pilihan produk Muslim dalam pasaran bermakna ramailah lagi kaum bumiputra akan terjun menjadi usahawan-usahawan baru dalam mengeluarkan produk-produk baru yang sebelum ini hanya dimonopoli oleh kaum lain kerana sudah ada permintaan yang tinggi ke atas produk yang halalan lagi toyibbah.

4. Setiap usahawan yang berniaga sudah tentu mengeluarkan zakat pendapatan dan perniagaan. Inilah faktor dan senjata paling kukuh dalam membina perpaduan ummah dan ingin melihat agama Islam itu diperkasakan.

Seperti yang dinyatakan tadi tentulah ada kejutan budaya kepada semua usahawan-usahawan baru dalam mengendalikan kewangan peribadi dan perniagaan. Apabila perniagaan bertambah maju, kewangan peribadi bertambah mantap jika tersilap dalam percaturan mengurus kewangan dengan betul, tidak mustahil Orang Kaya Baru hanya akan merasainya untuk sementara waktu sahaja, sangat singkat.

Saya dengan rendah hati ingin mencadangkan agar bakal-bakal usahawan dapat memiliki dan membaca buku KUASAI IQ WANG Orang Kaya agar bersedia dalam menempuh dunia baru. Tidak kira anda Muslim atau Belum Muslim.
Belajar untuk menjadi bijak wang.

InsyaaAllah buku ini dapat membantu dalam persediaan menjadi usahawan baru.

Ingat.. kita bukan memboikot kita memberi keutamaan membeli daripada siapa!

Selamat membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *