Adakah anda tergolong di dalam orang yang berjaya dalam perniagaan?
Anda pandai mencari wang yang banyak? Masalahnya, anda tidak tahu memanfaatkan wang anda dengan cara yang betul?
Ada ramai orang bijak mencari wang tetapi wang mereka habis begitu sahaja. Yang sadisnya, mereka bijak mencipta wang dan kemudian bijak pula menghabiskannya!
Sememangnya inilah yang berlaku kepada ramai artis, selebriti, OKB dan tidak lama lagi anda juga, jika anda tidak bersedia.
Anda mungkin bukan selebriti tetapi anda bakal menerima wang KWSP anda tidak lama lagi.
Dan yang menakutkan, belum tentu anda boleh mengekalkannya untuk tempoh yang panjang jika dalam kepala anda hanya memikirkan bagaimana untuk membelanjakannya sahaja!
Sebenarnya anda wajib ada satu lagi ilmu, bukan sekadar bijak mencari wang sahaja tetapi bijak juga bagaimana mengekalkannya selagi anda masih bernyawa!
Anda mungkin ketika itu sudah tidak ada tenaga untuk berniaga atau bekerja kerana anda sudah pun tua.
Jika anda seorang penyanyi sekalipun mungkin ketika anda mula membuka mulut untuk mendendangkan lagu, hujan pun turun bagai katak memanggil hujan.
Atau anda seorang pemain bola yang hebat satu ketika dulu dan anda terpaksa bersara awal kerana tersepak tunggul kayu dalam latihan menyebabkan sendi tulang kaki anda patah!
Atau mungkin anda seorang penceramah motivasi yang hebat yang sudah kehilangan suara sejak dua tahun lalu!
Atau anda baru mendapat bonus wang besar daripada usaha anda dalam MLM menyebabkan anda juga terkejut besar dan diserang penyakit jantung membuatkan anda terlantar di hospital.
Apapun situasi anda, anda wajib tuntut ilmu itu sebelum anda tenggelam ke dalam lautan kemiskinan yang anda sendiri tidak ketahui bila?
Bila anda mula tersedar?
Bilamana anda mula berfikir untuk mencari mangsa untuk meminjam wang pula? Bilamana anda baru mula sedar bahawa wang adalah segalanya!
Dan ketika itu anda ada beberapa pilihan lain:
1. Bekerja semula walaupun kesihatan tidak mengizinkan.
2. Minta anak-anak membalas jasa anda dahulu.
3. Cari idea yang kreatif untuk cipta wang, saya cadangkan jangan sesekali anda pergi merompak, mencuri atau meragut.
4. Mencari kawan anda yang pernah anda tolong suatu ketika dahulu.
5. Dan akhir sekali, anda boleh menjadi peminta sedekah dengan cara yang lebih profesional atau menjadi ahli rumah kebajikan!
Setidak-tidaknya anda ada pilihan untuk hidup semula setelah kehabisan wang.
Apakata saya cadangkan anda beli sebuah buku bertajuk “Kuasai IQ WANG Orang Kaya” setidak-tidaknya anda lebih bersedia mengharungi kesulitan dan lebih bijak mengendali wang besar anda itu sebelum kehabisan.
Jom baca!!