
Don’t cry for money, it never cries for you!
Sembang pasal pelaburan kelmarin, ada yang bertanya pelaburan apa yang dimaksudkan?
Di sini ada sedikit ‘tricky’ jika anda salah buat tafsiran sendiri. Pelaburan yang ‘genuine’ atau benar-benar boleh mendapatkan hasil keuntungan atau pulangan terbaik tertakluk kepada jenis pelaburan yang anda ingin buat:-
1. Jika anda melabur dengan membuat simpanan dalam bank semata-mata, purata pulangan dalam 2-3 peratus sahaja atau lebih kecil dari itu! Hanya pihak bank sahaja yang lebar tersenyum dan bukan anda!
2. Jika anda melabur dengan bank koperasi seperti Bank Rakyat dalam purata 15%, katanya. Tapi untuk mendapatkan sahamnya adalah terlalu sukar buat masa ini. Tak cuba tak tahu!
3. Jika anda melabur dalam ASB, purata pulangan adalah dalam 7-8 % sahaja. Ini pelaburan yang paling selamat sesuai untuk orang yang malas dan tak mahu nak pening kepala. Cuma tambahkan simpanan bulanan anda ke dalam akaun ASB. Itu sahaja dan lihat dia berkembang! Risikonya, ‘almost’ tiada. Bukan ‘Amos Famous’, itu biskut.
4. Jika anda simpan dalam bentuk emas atau perak, pulangannya bergantung kepada nilai semasa sama ada anda membeli atau ketika anda menjual. Adakala naik, adakala turun. Ianya lebih kepada pelaburan untuk jangka panjang. Ini kerana mengikut sejarahnya harga emas dalam tempoh 60 tahun yang lalu, sentiasa meningkat dan meningkat berdasarkan permintaan dan pembekalannya yang tidak pernah putus. Pulangannya? Berdoalah agar harganya terus meningkat berlipat kali ganda selagi anda menyimpannya. Risikonya, emas anda mungkin dicuri orang atau anda terlupa di mana letak emas anda itu kerana faktor usia terlalu lama menyimpannya.
5. Jika anda bekerja makan gaji juga dikira sebagai pelaburan kerana anda menggunakan tenaga dan masa anda untuk memperolehi hasil pulangan iaitu pendapatan anda. Namun anda terikat dengan segala peraturan dan undang-undang pekerjaan menjadikan anda tidak mudah untuk berkembang maju dalam pelaburan anda itu. Risikonya tetap ada, anda mungkin kerap bergaduh dengan majikan anda atau anda mungkin sakit jantung kerana tekanan kerja yang amat membebankan atau anda dibuang kerja.
6. Jika anda mempunyai ‘wang besar’ adalah lebih baik anda melaburkannya dalam bidang hartanah. Ini sudah menjadi kegemaran orang kaya dalam membuat pelaburan. Mengapa? Ini kerana pulangannya sangat besar dan boleh menjadikan anda bebas kewangan justeru anda tidak perlu bekerja lagi. Tetapi perlu diingat ramai juga yang menjadi bankrap kerana tidak tahu cara dan menilai pelaburan hartanah yang boleh mendatangkan pulangan lumayan. Belajarlah!
7. Jika anda kata tidak punya modal wang yang besar, bolehlah buat permulaan ini saya cadangkan anda belajar dahulu untuk melabur dalam bursa saham. Modal kecil, hasilnya sangat besar dengan syarat anda tahu apa yang anda lakukan! Ramai yang berjaya dan tidak kurang juga yang gagal kerana tamak dan tidak sabar. Jangan bergantung kepada remiser anda semata-mata!
8. Jika anda tidak punya apa-apa modal kewangan, ini sahaja yang boleh saya cadangkan: jadilah orang yang kreatif. Cuba fikirkan satu produk yang boleh menyelesaikan masalah orang ramai. Ya, dapat menyelesaikan masalah manusia sejagat. Buat paten ke atas produk anda itu dan cari pelabur yang berminat atau lesenkannya kepada pengeluar yang mahukan produk anda itu. Yang lain, akan menjadi sejarah!
9. Jika anda tidak punya apa-apa idea atau tak tahu di mana nak bermula, saya cadangkan anda berjinak-jinak dengan teknologi perniagaan atas talian. Belajar dari mereka yang sudah berjaya melakukannya. Bukan daripada mereka yang berpura-pura berjaya dengan melakukan jenayah perniagaan atas angin! Ia sama sekali tidak sama seperti perniagaan atas talian.
10. Jika anda kata anda ada sedikit wang dan ada masa untuk meneroka bidang perniagaan, saya cadangkan bermula daripada kecil dahulu. Merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Cari bidang perniagaan yang boleh mendapatkan hasil tunai. Dan sudah tentu pelanggan yang berulang mahukan servis anda atau produk jualan anda itu. Jika mampu, carilah mentor yang sudah berjaya boleh memimpin anda ke jalan yang anda idamkan.
Tetapi lebih membimbangkan….
11. Jika anda tidak melakukan sesuatu, akan ada orang yang sedang mengintai anda, tambahan ada yang sedang menunggu anda menerima wang besar daripada KWSP anda untuk mereka lenyapkan bagaikan ahli silap mata yang sangat profesional.
Anda terlalu mudah tertipu dengan pujuk rayu si putar alam dengan pulangan pelaburan yang tak masuk akal dalam jangkamasa yang pendek pulak tu!!! Awas!!! Mereka tidak melupakan anda sebaliknya anda yang selalu terlupa bahawa tiada apa yang mudah dalam membuat pelaburan yang ‘genuine’.
Saya tambah lagi satu pelaburan yang tidak memerlukan wang yang besar agar anda dapat melindungi diri anda daripada mudah sangat diperkotakkatikkan oleh orang yang cuba mengambil kesempatan terhadap anda.
12. Laburlah dalam menuntut ilmu kewangan, IQ WANG. Anda tidak rugi apa-apa, malah saya boleh katakan anda akan lebih bersedia bila berbicara soal wang dan lebih penting anda tidak mudah tertipu dengan orang lain yang cuba mempersenda dan mempermainkan IQ anda dalam soal kewangan! Tidak rugi anda belajar, jadi saya sarankan….
Bacalah buku “Kuasai IQ Wang Orang Kaya”….tulisan saya!😎
www.iqwang.com.my